Tentang Blog

Blog “Tinta Cikgu” ini adalah hasil daripada tugasan kerja projek bagi kursus Falsafah Dan Etika Guru bagi memenuhi keperluan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Kerja kursus ini dilaksanakan bagi menilai kami, pelajar bagi program Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI) dan memberi pendedahan serta pengamalan ilmu yang berguna buat kami. Objektif projek ini dijalankan adalah untuk memastikan kami sedar dan mengenalpasti elemen-elemen yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan. Selain itu, membolehkan kami menghuraikan amalan profesionalisme guru dan membuat perkaitan dengan cabaran yang perlu dihadapi oleh guru agar kami dapat bersiap sedia dalam melaksanakan tugas nanti. Disamping itu, memberi pendedahan untuk kami mengenai isu-isu semasa dalam bidang pendidikan masa kini di Malaysia.

  Perubahan dan perkembangan dalam bidang pendidikan di Malaysia bertujuan merealisasikan aspirasi negara. Isu-isu pendidikan di Malaysia merupakan satu agenda yang perlu diberi perhatian terutamanya yang melibatkan masa hadapan generasi muda. Demi memartabatkan sistem pendidikan negara, pelbagai bentuk sistem pendidikan dilaksanakan bagi memenuhi keperluan pendidikan semasa. Isu semasa pendidikan yang perlu ditangani merangkumi pelbagai aspek seperti disiplin dan jenayah, kurikulum, cabaran teknologi pendidikan, organisasi pendidikan dan seumpamanya.

   Justeru itu, kami telah memilih beberapa isu-isu semasa yang berkait dengan bidang pendidikan di Malaysia. Maklumat yang telah kami kumpulkan, kami bincangkan secara ilmiah beserta pandangan dan hujahan dari fikiran kami sendiri. Diharap penulisan kami ini dapat memberikan aspirasi dan ilmu serta membuka minda kepada golongan pendidik seperti kami untuk terus melaksanakan tanggungjawab secara profesional dan beretika dalam profesian keguruan dengan berlandaskan elemen-elemen yang terdapat dalam Falsafah pendidikan dan mengikut Kurikulum Kebangsaan yang telah ditetapkan.

Selamat Membaca!

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s