Penggunaan Telefon Bimbit Di Sekolah

Merujuk kepada laporan akhbar dalam laporan khas akhbar Utusan Malaysia bertarikh 21 Februari 2011 – Pelajar bebas guna telefon bimbit. Berita ini mungkin menggembirakan sebahagian ibu bapa kerana memudahkan pihak ibubapa untuk memantau pergerakan anak mereka. Malah terdapat segelintir ibu bapa dan penjaga menyokong tindakan kementerian seiring dengan kemajuan dunia komunikasi sekarang terutama mereka yang tinggal di bandar. Hal ini kerana anak mereka dapat menghubungi ahli keluarga pada bila-bila masa bagi hal-hal kecemasan.

Tidak dinafikan dengan penggunaan gajet memberi faedah antaranya ialah pelajar dapat melaksanakan aktiviti P & P di dalam bilik darjah dengan penggunaan teknologi terkini. Disamping itu juga pelajar boleh mendapat maklumat dengan segera dengan pencarian maklumat di Internet dan melahirkan pelajar-pelajar yang berpengetahuan dalam teknologi tinggi dan maju seiring teknologi sedia ada.

Pada pandangan peribadi saya, saya juga tidak bersetuju jika para pelajar dibenarkan untuk membawa telefon bimbit dan “gadget” komputer di sekolah. Hal ini kerana pelajar akan menggunakan telefon bimbit sewenang- wenangnya termasuk semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlangsung. Malah kecanggihan alat telekomunikasi yang membolehkan pelajar memuat turun dan merakam video termasuk aksi terlarang akan mengundang gejala sosial yang lebih parah dan masalah disiplin.

Disamping itu juga apabila telefon berada di tangan mereka sepanjang masa sudah pasti guru akan lebih tertekan kerana dikhuatiri pelajar tidak memberi perhatian sepenuhnya semasa belajar kerana leka menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan permainan video serta kemudahan jalinan Internet tanpa wayar di sekolah juga akan mengurangkan tumpuan pelajar terhadap pelajaran kerana mereka boleh mengakses Internet bila-bila masa tanpa sekatan terutama melayari laman sosial Facebook dan Twiter. Komputer dan Internet mungkin akan digunakan sewenang-wenangnya sehingga laman-laman sesawang yang tidak sepatutnya dilayari dapat dicapai, lebih-lebih lagi dikongsikan bersama rakan sekelas.

Selain itu, masalah yang besar juga akan timbul sekiranya berlaku kehilangan dan kecurian telefon serta gajet di sekolah menyebabkan pihak sekolah terpaksa menyelesaikannya. Hal ini kerana tidak semua pelajar yang berkemampuan untuk mempuyai telefon bimbit dan “gadget” komputer yang laindan iniboleh menambah beban serta tumpuan guru dalam proses pengajaran danpembelajaran. Banyak masa guru akan diperuntukkan bagimenangani masalah kecurian ini. Dan penyalahgunaan kamera telefon bimbit untuk tujuan lain seperti merakam adengan seks di sekolah, mengintip pergaduhan dan sebagainya. Baru-baru ini juga kita digemparkan dengan video pergaduhan pelajar perempuan di sekolah dan dimuatnaik di laman sosial, youtube.

Mutu pendidikan dan pembelajaran akan merosot akibat penyalahgunaan di sekolah. Pelajar yang leka dengan telefon bimbit akan hilang fokus ketika sesi pembelajaran. Akibatnya keputusan peperiksaan merosot bahkan dibimbangi pelajar tersebut  tiada peluang untuk meneruskan pendidikan ke peringkat seterusnya. Kebejatan suasana penggunaan telefon bimbit dalam ruang lingkup golongan yang berstatus pelajar di sekolah hari ini pada tahap yang membimbangkan. Malah pembinaan generasi pewaris negara kelak akan terbantut dan dikhuatiri negara gagal melahirkan generasi yang bakal mewarnai dunia Malaysia kelak.

Ditegaskan disini  memang tidak wajar membenarkan pelajar membawatelefon bimbit ke sekolah. Ini kerana demi kebaikan pelajar dan pihak sekolah kerana kesan negatif lebih banyak berbanding yang positif. Jika benar ibu bapa mahukan keselamatan anak mereka, cadangan ini mungkin boleh diterima dengan syarat alat telekomunikasi itu diserahkan kepada pihak sekolah atau guru kelas sebaik tiba di sekolah dan mengambilnya kembali apabila tiba waktu pulang. Jika kita toleh ke belakang zaman dulu-dulu boleh berjaya hingga ke menara gading tanpa orang-orang walaupun tidak menggunakan telefon bimbit. Rasanya cukuplah sekadar makmal komputer di sekolah untuk membantu para pelajar untuk mempelajari dan mendalami teknologi terkini di pasaran dengan pantauan guru.

Oleh : Nor Najihah Bt Zakaria

 

RUJUKAN

Mook Soon Sang (2009), Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd
2) http://www.facebook.com/pages/Official-Kementerian-Pelajaran-Malaysia/255373811139668
3) Pembangunan Pendidikan 2001-2010, terbitan KPM dan juga buku
4) www.utusan.com.my/…/info.asp?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s